Sunday, 28 July 2013

Touched .

Assalamualaikum ...

Saja nk kongsikan puisi isteri pertama Asyraf Muslim setelah dia dapat tau yg dia dah dimadukan . Memang terbaik . Hmmm .

Pity on her :'(

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…



Monday, 22 July 2013

Craving .

Assalamualaikum ..

Bulan - bulan posa ney cambesa la macam - macam mengidam . Aku ney sebenaqnya craving nk makan bihun sup dengan cendoi dekat belakang UITM Penang . Haih . Dulu masa study selalu gak lepaih kelas terpa p . Sedap wey . This is serious ! Hahaha .

Sebenaqnya tempat ney budak-budak laki kelas aku ah yang perkenalkan . Sebab depa selalu p . Satu hari tu , kami pon nk try la dah depa kata sedap kan . Hehe , lepas kelas tu kami p truehla . Masyaallah , ramai orang sampai tempat duduk tkdak . Terpaksa la tunggu berdiri terpacak dulu sementara tunggu org lain habis makan .

Ramai student situ , student uitm and poly . Dah bila dapat tempat duduk tu , apa lagi kena p beratoq nk beli makanan pulak , sebab layan diri derrr . Haha . Aku order cendoi jagung dengan bihun sup gurun (nama dia) .Macam - macam lagi yang ada joi kt situ , antaranya karipap bawang , goreng pisang , passembor , laicikang , aiskacang .Woot woot terliur la pulak kan .

Sedap bihun sup dia , cendoi pon sedap . Patut la sampai tkdk tempat duduk . Hahahaha ! Tk sia-sia p try makan kt situ . Dia bukak sampai pukui 7 ja . Lepastu bila rasa nk p  kami p ja , kadang - kadang hujan -hujan pon kami p . Hhehehe , lapag punya pasai .


Steady teruk balik kelas dengan matrik card tk bukak , haha.


Ish kempunan teruk bila tengok , nkp tkdan . Sibuk . Tp insyaallah nanti bila ada rezeki nkp makan jugak . Tp tu lah , lepasney kalau p pon mesti dah tk meriah mcmney dah . Masing - masing jauh ;( . 

Wasalam .

Wednesday, 17 July 2013

Salam Ramadhan



Assalamualaikum …

Pejam celik pejam celik , dah seminggu kita puasa nohh . Dah seminggu jugak kita dalam bulan ramadhan bulan yang mulia ney . Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab diberi peluang untuk merasai kehadiran bulan mulia ney .

Tak terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat menyambut ramadhan al Mubarak . Apa yg membuat aku excited bulan puasa ney of coz la suasana dia , suasana dia best . Yala petang-petang berkerumun org p bazaar cari makanan untuk berbuka . Lepas perut dah kenyang , p terawih pulak . *kadang-kadang k -.-

Lepastu dengan main mercun bunga api bagai , memang syiokla cita dia skang , pastu kan pastu kan pacak pelita keliling rumah , ohhhh tktau nk gambarkan betapa cantiknya . Masa tu setiap umah pacak pelita . Cantik sangat bila tengok . Hahaha pastu

boh lagu raya pulak kan.  Yg best tu puasa baru hari kedua tapi supermarket , shopping complex dah pasang lagu raya dah . Haaa acena tu ? Tobat excited gila , dalam hati ney tkyah cakap .





Pastu bila dah nk raya tu  , pulun buat kuih raya pulak . Mula-mula semangat nkbuat , pastu bila lama-lama dok tunggu kuih tu masak , jadi cemueh la pulak . Hahaha tu nama dia hangat -
hangat taik ayam .

Semoga puasa kita untuk tahun ney diberkati Allah , insyaallah :)

Wasalam.

Saturday, 6 July 2013

Girls , girls !

Assalamualaikum ..

Aku ada terbaca sebuah artikel ney , ianya sesuatu yg bagus untuk dikongsikan . Sama samalah kita wahai perempuan , menjaga tatasusila , maruah , harga diri sebagai seorang perempuan

Wahai gadis, Apabila kamu berkawan dengan insan bergelar lelaki..ingatlah ada dua pilihan yang terbentang iaitu : Pertama : Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh,diparut,diperah,diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang. Kedua : kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit,bukan senang dilihat,apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya.. Jadi yang mana satu pilihan mu wahai gadis.

Okay girls ? sama samalah kita cuba pertahankan maruah diri kita ney . Biaq kita juai mahai , asalkan kita masih mempunyai maruah dan harga diri . Sebelum buat apa apa , bayang muka mak ayah kita . Insyaallah semua akan selamat dan terhindar dari segala yg buruk . Amin .

Tuesday, 2 July 2013

Noted !

Assalamualaikum ..

Baru baru ney aku dapat khabaq angin yg mengatakan my first love bertunang. What ? bertunang ? Hmm . Teruih dalam hati ney ada 'sesuatu' and kepala pon mula menjalankan tugasnya untuk berfikiran . Dah kenapa nk kena ada perasaan mcmtu ? Sedangkan kita dah tkdk kaitan langsung dgn dia? Woot woot . Oh i hate all of this feeling . 

Aku pon mula la nk stalk dia . View fb dia , view segala komen komen dia . Dan dalam hati ney " untung hg ex , hg dah bahagia . Aku ja belom " . Hmm tkpala ney semua takdir . Tp aku dah maafkan dia dah , sebab apa? sebab dia mai mintak maaf kt aku . Hahahha . So tkdalah sakit sangat hati ney . Hahaha .

Dear ex , aku doakan hg bahagia dengan pilihan hati hg . :)


Kalau break up, jangan seksa diri sendiri dengan amik tau pasal dia, jangan sekali-kali stalk dia,biarkan diri kita seketika tanpa dia. Then , dari situ kita tahu kita boleh teruskan hidup tanpa dia. Sakit break up lain, sakit stalker lain, sakit cemburu dia dengan pmpuan lain pun lain semua jenis sakit tu lain! 
So cukuplah sakit break up, jangan TAMBAH KESAKITAN itu lagi, jangan kejam dengan hati sendiri. hati tak mampu jangan paksa :')


Ok bai .